Tuesday 24 February 2015

4 Cara Mudah Kuruskan Badan Dan Perut Buncit

Acapkali kita dengar pelbagai rintihan dan keluhan dari golongan obesiti ataupun berbadan besar dan perut buncit . Mereka berasa agak malu untuk berada dalam sesuatu kelompok kerana faktor tubuh badan yang besar dan sebagainya .

Tapi pernahkah korang terfikir bagaimana untuk mencari cara mudah kuruskan dan dan perut buncit tu ?


1.MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

2. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

3. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

4. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

1 comment: